Dia Seorang Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.

Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan1989
Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat
orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima
panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk
menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik
mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik
berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya
putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar
menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun
apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus
menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak

berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah
jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti
bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi
hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk
termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan
timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah
pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan
muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan
menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini
yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.
Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya
dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak
dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan
lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga
wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain
penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik
rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada
saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi
hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis
teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.
Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu
beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk
menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka
mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni
memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam
atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja
itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah
wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,
Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia
pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau
dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.
Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu
memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak
sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah
diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya,
wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas
dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan,
mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik
secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di
Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari
kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak
jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya
berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital
seorang diri di pagi-pagi hari.

Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat
dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?"
katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk
badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz
katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal
lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita
itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang
Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku
hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa
tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan
saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa
jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia
akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan
yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu
tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima
panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk
menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik
mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik
berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya
putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar
menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun
apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus
menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah
jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti
bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi
hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk
termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan
timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah
pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan
muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan
menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini
yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.
Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya
dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak
dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan
lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga
wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain
penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik
rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin
yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan
menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari
bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada
saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi
hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis
teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.
Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu
beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk
menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka
mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni
memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam
atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja
itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah
wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,
Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia
pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau
dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.
Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu
memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak
sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang

berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah
diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya,
wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas
dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan,
mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik
secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di
Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari
kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak
jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya
berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital
seorang diri di pagi-pagi hari.

Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga
encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat
dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?"
katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk
badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz
katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal
lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita
itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang
Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku
hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa
tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan
saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa
jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia
akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan
yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu
tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
semoga hari ini lebih baik dari semalam..

PETIKAN DARI http://www.mymasjid.net.my/v2/index.php?option=com_kunena&Itemid=53&func=view&catid=2&id=375840

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
Badam Coklat

3 suku cawan gula icing
½ cawan marjerin
1 biji telur
tepung gandum secukupnya
badam biji secukupnya(bakar dalam oven)
badam hancur secukupnya

coklat cooking
mangkuk kertas kecil(hitam)

Cara-cara Putar marjerin dengan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.

sumber : http://resepi.mesra.net/